Berqiamullail di Masjid UIAM, lebih ramai daripada solat Tarawikh.
Seperti meremang bulu roma mendengar suara imam qiamullail yg membacakan ayat suci al-Qur’an. Terasa Roh Ramadhan itu meresap kedalam jiwa.
Apabila Solat Subuh, Masjid bergema dengan kalimah “Aaamiiiiinnn..” yang dilafazkan oleh para jemaah yang saya kira dalam 8 sof penuh muslimin yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan warna kulit daripada serata dunia. Semua menyebutkan lafaz yang sama, menyembah ke tempat yang sama(Ka’bah) dan berimamkan imam yang satu.
Allah.. Nikmatnya beragama dengan agamaMu ya Allah.
Selesai solat Subuh, masjid terus bergema dengan alunan bacaan al-Qur’an. Sambil mulut melafazkan puji-pujian zikir kepada Allah, sambil mata melilau lembut melihat suasana masjid.
Di ruangan tengah masjid, terdapat halaqah al-Quran yg besar anjuran masjid. announcement dibuat oleh Imam agar halaqah-halaqah kecil dibuat sesama mereka bagi menghidupkan amalan sunnah Rasulullah SAW yg bertadarrus dgn Jibrail AS sepanjang bulan Ramadhan. maka bertebaranlah para jemaah membuat halaqah al-Qur’an sesama mereka. ada yang terdiri daripada anak-anak kecil, kawan-kawan senegara, dan sebagainya.
Di satu ruangan masjid berdekatan tiang sebelah kiri masjid, terdapat beberapa kumpulan usrah dijalankan dalam kuantiti yang kecil dan besar. masing-masing khusyuk mendengar naqib menanamkan fikrah islam kedalam jiwa-jiwa mereka yang kontang.
Sudut belakang masjid, terdapat sekelompok pelajar yg mungkin daripada Asia Tengah membuat liqa’ sesama rakan senegara mereka. berkumpul bagi bertanyakan khabar dan mengikat hubungan antara mereka. membantu jika terdapat kesusahan.
di ruangan atas masjid tingkat 4,ada 2-3 budak kecil muslimat comel bertudung rapi lingkungan 6-7 tahun memanjat2 dinding penghadang bagi melihat suasana dalam ruangan masjid daripada atas.. sekejap-sekejap mereka mengintai, sekejap2 mereka berlari2 dibelakang bergurau..
Jam 7pg, tiba-tiba masjid bergema kuat dengan suara sekelompok pelajar membacakan al-Ma’thurat daripada ruangan tingkat 3. terasa gemaan zikir yg dianjurkan oleh asy-Syahid Imam Hassan al-Baana itu membuka pintu-pintu kekebalan hati daripada zulumat kepada Allah dan memberi semangat buat semua untuk terus dalam agama ini. namun, semua khusyuk dengan ibadat masing-masing daripada mempedulikan bacaan itu.
Jam 7.15 pg, setelah didirikan solat sunat Syuruk, diri ini melangkah keluar masjid dengan hati yang indah dengan nilai ibadah kepada Allah. terasa sangat bersyukur beragama fitrah ini. Terasa betapa Allah itu Maha Bijaksana dalam mengatur bulan Ramadhan ini untuk hambaNya beribadat.
BENARLAH KATA FUQAHA’ “RAMADHAN ADALAH SEKOLAH TARBIYYAH”.
#coretan insan beriqtikaf di masjid UIAM Gombak#