.::Bila warna berbeza::.

Berlapang dada itu…
cukup indah…
saat menyesakkan dada…
menambahkan gelora…
ia datang membugarkan jiwa…
menenangkan rasa.

Bila diri dihambat duka…
kerana kata tersilap baca…
sehingga hati cerah menjadi buta…
memakan rasa menikam dada…
bagai luka dicurah cuka.

Bila warna berbeza datang menyapa…
berkira-kita untuk memandang sebelah mata…
jika mengangguk dan membenarkan kata…
nanti diri pula merasa merana…
bila fikrah dipandang sebelah mata.

Namun, bila ada rasa terbuka…
dan ingat sentiasa…
bahawa setiap jiwa berlainan warna…
dan insan itu bersifat alpa…
akan hadir rasa selesa…
menjalar rasa sejuk menyapa deria…
sehingga kita tersedar bahawa…
dia dan kita…
jua sama sebagai hamba Allah yang esa.

~razif mohamed~

About razifbinmohamed

" Saya adalah pengembara yg mencari kebenaran. Saya adalah manusia yg mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yg impikan sebuah negara yg dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bwh naungan Islam yg murni." " Saya hanyalah ibarat seorang yg memahami rahsia hidupnya. Sembahyangku, ibadatku,hidupku dan matiku hanya utk ALLAH tuhan sekalian alam, tiada yg mempersekutui NYA. Inilah yg diperintahkan kpd saya dan saya salah seorang yg menyerahkan diri."
This entry was posted in ~coretan bicara~. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s