:: KEKALKAN JATI DIRI ::

Tegasnya, ada masanya anda perlu mengekalkan jati diri. Katalah anda telah berpindah ke satu kawasan penempatan yang ramai penduduknya berperangai buruk seperti membuang sampah merata-rata, bercakap dengan bahasa yang kasar atau lain-lain amalan negatif. Atau anak-anak terpaksa bergaul dengan budak-budak yang merokok, membuang masa, bergaduh dan lain-lain.

Pada ketika itu, anda tidak perlulah mengikut perangai mereka. Ya, jangan sekali-kali menukar peribadi anda hanya untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan orang-orang yang negatif. Tak payahlah cuba mengambil hati mereka dengan terikut-ikut perangai yang tidak senonoh dan berdosa.

Ikan-ikan di laut ^_^”

Cuba tengok ikanyang hidup di dalam laut. Walaupun air laut masin semasin-masinnya tetapi aneh isi atau daging tetap tidak masin. Ertinya, ikan tetap mengekalkan identiti dan jatidirinya yang tetap walaupun dikelilingi air laut yang sangat masin. Inilah yang kita boleh pelajari daripada ikan. Jangan sekali-kali dicorakkan oleh suasana yang kita hadapi itu negatif. Sebaliknya, kekalkanlah pegangan, akhlak dan perangai kita. Jadilah seperti ikan di laut.

Bahkan kalau mampu kita mencorakkan suasana. Ubah sikap kawan-kawan yang negatif kepada positif. Ubah persekitaran yang kotor menjadi contoh mengamalkan cara hidup yang mementingkan kebersihan. Bercakaplah dengan bahasa yang lembut, tutur kata yang sopan dan perlakuan-perlakuan yang beradap… InsyaAllah, lama kelamaan bukan sahaja anda tidak dipengaruhi oleh amalan-amalan negatif itu malah anda pula yang mempengaruhi mereka.

Jadilah seperti Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak terpengaruh oleh suasana persekitaran dan masyarakatnya yang jahilliah, bahkan bagindalah yang akhirnya berjaya mengubah masyarakatnya menjadi umat yang terbaik dengan keimananan dan kebaikan!

About razifbinmohamed

" Saya adalah pengembara yg mencari kebenaran. Saya adalah manusia yg mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yg impikan sebuah negara yg dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bwh naungan Islam yg murni." " Saya hanyalah ibarat seorang yg memahami rahsia hidupnya. Sembahyangku, ibadatku,hidupku dan matiku hanya utk ALLAH tuhan sekalian alam, tiada yg mempersekutui NYA. Inilah yg diperintahkan kpd saya dan saya salah seorang yg menyerahkan diri."
This entry was posted in ~coretan bicara~. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s