:: Tarbiah dalam Siasah ::

Tarbiyah yang berkesan seharusnya melahirkan insan yang sempurna iman dan taqwanya sehingga setiap tindakan dan tutur katanya tidak jauh dari tindakan dan tutur bahasa yang diredhai Allah swt.

Kita sering mengandaikan bahawa segala kesukaran dan kepayahan yang kita pilih untuk dilalui itu tidak memberi kesan negatif kepada ahli keluarga kita, tetapi perlulah difahami bahawa hakikat tuntutan tarbiyah, dakwah dan jihad itu bermula pada diri kita, keluarga kita dan masyarakat kita terlebih dahulu.

Firman Allah swt dalam surat Attahrim (66), ayat 6 :

“Wahai orang-orang beriman, selamatkanlah dirimu dan keluargamu dari Neraka, sedangkan bahan bakarnya adalah manusia dan batu”

Jika kita tidak menyediakan hati keluarga kita sebelum terjun kedalam kancah perjuangan yang penuh kesukaran, jangan terkejut jika ahli keluarga kita menganggap kehidupan berpulohan tahun bersama kita itu satu penyiksaan.

Seandainya seseorang itu telah berjaya mencapai sifat Syakhsiah Ma’nawiyah dalam dirinya serta dalam ahli keluarganya, maka beliau akan mudah menarik perhatian jiran tetangga yg pasti merasa senang dengan keluarga dan dirinya.

Setelah pintu hati terbuka kerana adanya contoh didepan mata, insyaAllah untuk akan lebih mudah mendapatkan minat dan kesungguhan jiran tetangga dan sahabat handai.

Jika sudah sekian lama kita berada dlm kepompong pembentukan, maka kini sudah masanya kita tetas lingkungan acuan kita dan bergerak keluar kepada khalayak masyarakat.

Mulakan dgn menyertai masyarakat kejiranan kita. Serapkan diri dlm pesekitaran bermasyarakat yang lazim mereka lakukan dan sedikit demi sedikit ikat dengan hablumminallah wahabbumminannas

Secara praktik yg mudah dalam menyertai masyarakat setempat, kita masuk dlm aktiviti kemasyarakatan sedia ada yang mereka susun,selain kita ketengahkan aktiviti yg kita juga rancang;

Mesti dua hala;memperkenalkan tarbiyah kita dan menyertai aktiviti kemasyarakatan. ringkasnya kita mengajak dlm masa yg sama menghargai mereka, di sinilah letaknya hikmah yg praktikal. [give and take]

razif mohamed

kuching,sarawak

(17/1/2012-2:40am)

About razifbinmohamed

" Saya adalah pengembara yg mencari kebenaran. Saya adalah manusia yg mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yg impikan sebuah negara yg dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bwh naungan Islam yg murni." " Saya hanyalah ibarat seorang yg memahami rahsia hidupnya. Sembahyangku, ibadatku,hidupku dan matiku hanya utk ALLAH tuhan sekalian alam, tiada yg mempersekutui NYA. Inilah yg diperintahkan kpd saya dan saya salah seorang yg menyerahkan diri."
This entry was posted in ~coretan bicara~, ~dari saudara seperjuangan~. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s