“Sesiapa yang Makan Cili dialah yang Terasa Pedasnya.”

Setiap manusia itu perlukan teguran dan mahu menegur.

teguran berlaku di mana-mana, orang yang menegur dan orang yang di tegur juga berada di mana-mana.

kerana apa?

kerana teguran itu penting untuk manusia.

Teguran yang paling bermakna itu adalah teguran dari orang-orang yang kita sayang sebab itu bukti orang yang kita sayang itu betol2 sayang pada kita.

buat yang ada ilmu,
jangan menghina dalam membantu,
jangan sombong diri begitu,
kelak kamu jadi dunggu.

tegurlah dengan hikmah,
jangan sumpah seranah,
persahabatan jadi musnah,
hidup berpecah belah.

tegur biarlah jujur,
ajar biarlah sabar,
didik janganlah diherdik,
kelak kamu diuji balik.

Bismillah…

Adakah kita menegur demi menjadikan sesuatu keadaan itu lebih baik, atau adakah untuk membidas seseorang itu demi memalukannya?

Dan adakah kita ada maksud tersendiri dalam menegur umpamanya demi memelihara kepentingan diri ataupun melepaskan kesalahan sendiri kepada bahu individu lain?

Tepuk dada tanya iman wahai teman.

Orang Yang Menegur vs Orang Yang Ditegur

Teguran itu kebiasannya bersifat membina.

Orang yang menegur itu pada hakikatnya mahu membetulkan diri kita yang mungkin sudah tersalah langkah.

Oleh sebab itu sebaiknya kita tidak menolak atau memarahi orang yang mahu menegur kita kerana teguran itulah yang membuatkan kita sedar.

Manusia memang tidak lepas dari kesalahan kerana Allah menciptakan manusia itu dengan dua potensi iaitu potensi baik dan potensi buruk

Yang menjadi perbezaan adalah banyak dan sedikitnya kesalahan.

Disebabkan itu, maka adanya orang yang menegur.

Setiap manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

Dalam pada kesediaan kita untuk menegur kesilapan orang lain, kita juga harus bersedia menerima teguran orang lain terhadap diri kita.

Bagi yang menerima teguran, tidak dinafikan ia begitu pahit diterima dan belum tentu benar atau salah sifatnya.

Tidak seharusnya teguran tersebut ditolak secara mentah-mentah hanya kerana tidak selari dengan pendirian kita atau kerana ia datang daripada pihak yang tidak disukai.

Wallahu’alam

PA UiA Nillai,Negeri Sembilan

(30/9/2011-1.25pm)

About razifbinmohamed

" Saya adalah pengembara yg mencari kebenaran. Saya adalah manusia yg mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yg impikan sebuah negara yg dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bwh naungan Islam yg murni." " Saya hanyalah ibarat seorang yg memahami rahsia hidupnya. Sembahyangku, ibadatku,hidupku dan matiku hanya utk ALLAH tuhan sekalian alam, tiada yg mempersekutui NYA. Inilah yg diperintahkan kpd saya dan saya salah seorang yg menyerahkan diri."
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

4 Responses to “Sesiapa yang Makan Cili dialah yang Terasa Pedasnya.”

  1. hairiz17 says:

    Sahabat yang paling baik ialah sahabat yang sentiasa menegur atau menasihati sahabatnya yang lain dan tidak membiar sahabatnya lalai dan terus leka….

  2. Raihan says:

    Semoga kita semua mampu untuk menjadi ‘penegur’ demi kebaikan bersama dan berlapang dada pula terhadap setiap ‘teguran’ yang diri kita peroleh walaupun pada hakikatnya perit untuk diterima.

    p/s:Tegurlah diriku duhai sahabat andai apa yang aku lakukan itu tidak seiring dan bukan menuju jalan yang betul~

  3. patah hati says:

    penat menegur orang yang hebat
    sebab orang yang hebat dia takbur dengan ilmu
    dia rase angkuh tatkala diri ditegur
    jadi bila kita dah jadi malas nak tegur
    kita rase baik kita biarkan sahaja
    penat untuk menegur orang lain
    lebih kita jaga diri sendiri yang seakan tak terjaga
    menyibuk je tegur org lain

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s