…::renungilah::…::masa berlalu pergi::…

“Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;

Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;

Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;

Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.”

Bismillah…

kini semua teman-teman & sahabatku sedang berjuangan…

sedang berjuang dengan minda & mata pena…

minggu peperiksaan berada di puncak masanya…

moga kita semua akan dipermudahkan atas segala urusan kita.

~masa berlalu pergi~

sungguh… masa berlalu seperti baru semalam diriku mendaftarkan diri ke pusat pengajian ini…

perubahan demi perubahan diriku laksanakan…

banyak perkara yang dirasai, alami, dipelajari.

Antara kata-kata sahabat yang pernah dikongsikan bersamaku

Hidup kita ibarat subjek matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.

Amalan yang baik hendaklah ditambahkan,

segala perbuatan yang buruk dan dimurkai oleh Allah hendaklah ditolak atau dijauhkan,

pahala amalan hendaklah digandakan

dan masa yang ada hendaklah dibahagikan dengan sempurna

agar kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi hidup di dunia dan akhirat.

sungguh tak sangka begitu pantas masa itu berlalu.

Benarlah kata-kata pujangga, masa itu ibarat pedang.

Jika kita tidak memanfaatkannya, nescaya ia akan memotong kita.

Masa kita itu sendiri masih dapat dibentuk menurut corak yang dikehendaki oleh penggunanya oleh kita.

Ia seperti kain putih bersih yang dapat diwarna-warnikan, sama ada hitam, hijau, merah atau sebagainya.

Masa boleh membentuk diri kepada kebajikan dan boleh pula kepada kejahatan atau kedua-duanya sekali.

manfaatkan masa yang ada untuk islam.

wallahu’alam

razif mohamed

27/9/2011 – 11:50pm – UiA Nilai

About razifbinmohamed

" Saya adalah pengembara yg mencari kebenaran. Saya adalah manusia yg mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yg impikan sebuah negara yg dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bwh naungan Islam yg murni." " Saya hanyalah ibarat seorang yg memahami rahsia hidupnya. Sembahyangku, ibadatku,hidupku dan matiku hanya utk ALLAH tuhan sekalian alam, tiada yg mempersekutui NYA. Inilah yg diperintahkan kpd saya dan saya salah seorang yg menyerahkan diri."
This entry was posted in ~coretan bicara~. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s