~Ikhlas berbakti, Itqan memberi, Raihlah cinta Ilahi… cinta hakiki…~

Tidak ada yang lebih berbahagia di dalam hati ini selain melihat wajah-wajah ceria kawan baru yang begitu bersih dapat menjejakkan kaki ke sebuah pusat pengajian Islam.

Memang ibu ayah menginginkan suatu yang terbaik buat kita. Mahukan engkau menjadi orang yang terpelajar dan berguna kepada mereka, kepada agama dan kepada negara

Kita didudukkan di dalam usrah. Kita sama-sama saling mengenal, mendengar dan memberi. Bercerita dan membaca. Berbincang dan bermesra. Walaupun kita datang dari negeri2 yang berbeza. Bukankah itu satu titik permulaan yang indah dalam pengalaman hidup kita? Kita kemudian bertemu lagi dalam tamrin dan dauroh. Duduk dan mendengar.. makan dalam dulang bertemu kepala. Kemudiannya tidur di surau berQiamullail. Kesemuanya menjadi detik manis dan kenangan yang mungkin sukar dilupakan.

Dari situlah kesemuanya bermula… Kita diperhati dan cuba mengenal. Siapakah dari kalangan kita yang sudi untuk bersama lebih memahami apa yang sedang kalian fikirkan… Kalian hanya ingin mengongsi beban yang sedang kalian cuba pikulkan selama ini. Kami faham ianya begitu berat dan tidak mampu ditanggung oleh hanya dua tiga kerat manusia yang lemah seperti kalian. Bebannya berat dan perjalanannya panjang. Hasilnya belum tentu diperolehi di masa terdekat. Kami berfikir dan berfikir…

Kemudian bagi yang berfikir tentang tanggungjawab & tujuan dirinya…. terus dengan semangat mengikuti program yang kalian anjurkan… kalian adakan usrah… kalian adakan tamrin dan adakan dauroh.. kalian adakan mukhayyam… dan entah apa lagi.

Semuanya adalah kerana cuba mengenali kami.. disamping untuk memberi sedikit sebanyak kesedaran dan ilmu.

Alhamdulillah…

Kami telah dikurniakan Allah dengan kalian. Kalian menampilkan diri dengan semangat dan kesediaan untuk bersama.Kami begitu gembira. Kami tidak meminta kalian berbuat demikian. Sedikitpun tidak ingin memaksa. Kami hanya membuka jalan dan peluang setelah memberi kesedaran sedikit sebanyak. Alhamdulillah atas segala nikmat dan rahmatNya kepada kita semua…

semoga hati2 kita sentiasa terikat untuk teguh melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah d muka bumi Allah ini….

insyaAllah….

amin….

wallahu’alam

About razifbinmohamed

" Saya adalah pengembara yg mencari kebenaran. Saya adalah manusia yg mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yg impikan sebuah negara yg dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bwh naungan Islam yg murni." " Saya hanyalah ibarat seorang yg memahami rahsia hidupnya. Sembahyangku, ibadatku,hidupku dan matiku hanya utk ALLAH tuhan sekalian alam, tiada yg mempersekutui NYA. Inilah yg diperintahkan kpd saya dan saya salah seorang yg menyerahkan diri."
This entry was posted in ~coretan bicara~. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s