..:: Bersyukurlah ::..

IMG-20130421-05659Bila kita belum memiliki segalanya,
Bersyukurlah !
kerana kita masih boleh berharap.

Bila kita tidak mengetahui sesuatu,
Bersyukurlah !
kerana Allah masih memberi kesempatan untuk belajar.

Bila kita berada pada masa-masa sukar,
Bersyukurlah !
kerana kita sedar masa itu berharga.

Bila semuanya serba terbatas,
Bersyukurlah !
kerana Allah sedang memberi kesempatan.

Bila kita menyadari kesalahan diri,
Bersyukurlah !
kerana Allah sedang memberi waktu untuk bertaubat.

Bersyukur dari perkara yang menyenangkan..
dan belajarlah
Bersyukur jualah dari perkara yang tidak menyenangkan.
Selekoh, Perak
11.43pm – 8/2/2014

Posted in Uncategorized | Leave a comment

.: perindu ukhuwah :.

Bismillahirrahmanirrahim..

Setiap insan harus mengerti..

Meretas kehidupan dengan cinta persaudaraan..

Sebuah tembok kasih sayang dalam persamaan..

Tak kenal warna kulit, tak kenal harta benda..

Kita bersatu dalam jalinan Ukhuwah..

Bila ukhuwah sudah terajut..

Usahakanlah untuk tetap menjaganya..

Karna ukhuwah merupakan perwujudan..

Pentingnya persaudaraan dalam kehidupan kita..

Tegakanlah ukhuwah..

Rapatkan barisan kita..

Satukanlah tangan-tangan kita..

karna ku merindu persaudaraan ini..

‘tuk tegakkan kebenaran di Bumi Allah..

Wallahua’lam bish Shawwab. DSC_5855

Posted in ~coretan bicara~ | Leave a comment

..:: Malam Yang Panjang ::..

Kupandang langit tanpa suara…
aku terbang diangkasa tanpa batas…
Berputar bersama khayal…
bercerita kepada mega-mega…
Tentang kisah anak manusia.

Ku candai segala nyanyian langit…
kisah bintang dan rembulan…
yang saling menguatkan…
Kehidupan yang dihibur oleh harapan…
mimpi dan bayangan.

IMG00005-20060301-1054

Mengapa aku masih saja bersedih..?
malam dengan kerudung kesenyapan…
tak kubiarkan kegelapan merenggut…
kekasihku.

malam kian pekat…
aku kian tercekat..!
telah kurasakan kerinduan yang sangat…
tak pernah terpuaskan…
tak kan pernah.

IMG01459-20121124-1825

Biarkan sejarah menuliskan bait kisah pada angin malam…
Biarkan jendela hati terus terbuka.

lihatlah penguasa malam…
kubiarkan dawai-dawai berirama…
meski senandungkan nyanyian tak…
bernama.

Kututup mataku, suaranya kubawa…
hingga ke alam mimpi…
sayup-sayup kudengar…
malam kian jauh,jauh melelapkanku.

IMG01607-20121127-0329

kutitipkan sajak ini buat yang mengerti…
mengerti rasa isi hati…
moga tertunainya…
segala janji di malam hari.

-razif mohamed a.k.a razel-

Posted in ~coretan bicara~ | 1 Comment

..:: Senyuman dan Air Terjun ::..

Hari yang indah..
Kita awali dengan senyuman..
Maka semuanya terasa indah..
Tersenyum seperti air terjun..
Tang jatuhnya tanpa henti-henti..

Posted in Uncategorized | Leave a comment

..:: RAMADHAN ADALAH SEKOLAH TARBIYYAH ::..

Berqiamullail di Masjid UIAM, lebih ramai daripada solat Tarawikh.
Seperti meremang bulu roma mendengar suara imam qiamullail yg membacakan ayat suci al-Qur’an. Terasa Roh Ramadhan itu meresap kedalam jiwa.

Apabila Solat Subuh, Masjid bergema dengan kalimah “Aaamiiiiinnn..” yang dilafazkan oleh para jemaah yang saya kira dalam 8 sof penuh muslimin yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan warna kulit daripada serata dunia. Semua menyebutkan lafaz yang sama, menyembah ke tempat yang sama(Ka’bah) dan berimamkan imam yang satu.
Allah.. Nikmatnya beragama dengan agamaMu ya Allah.

Selesai solat Subuh, masjid terus bergema dengan alunan bacaan al-Qur’an. Sambil mulut melafazkan puji-pujian zikir kepada Allah, sambil mata melilau lembut melihat suasana masjid.

Di ruangan tengah masjid, terdapat halaqah al-Quran yg besar anjuran masjid. announcement dibuat oleh Imam agar halaqah-halaqah kecil dibuat sesama mereka bagi menghidupkan amalan sunnah Rasulullah SAW yg bertadarrus dgn Jibrail AS sepanjang bulan Ramadhan. maka bertebaranlah para jemaah membuat halaqah al-Qur’an sesama mereka. ada yang terdiri daripada anak-anak kecil, kawan-kawan senegara, dan sebagainya.

Di satu ruangan masjid berdekatan tiang sebelah kiri masjid, terdapat beberapa kumpulan usrah dijalankan dalam kuantiti yang kecil dan besar. masing-masing khusyuk mendengar naqib menanamkan fikrah islam kedalam jiwa-jiwa mereka yang kontang.

Sudut belakang masjid, terdapat sekelompok pelajar yg mungkin daripada Asia Tengah membuat liqa’ sesama rakan senegara mereka. berkumpul bagi bertanyakan khabar dan mengikat hubungan antara mereka. membantu jika terdapat kesusahan.

di ruangan atas masjid tingkat 4,ada 2-3 budak kecil muslimat comel bertudung rapi lingkungan 6-7 tahun memanjat2 dinding penghadang bagi melihat suasana dalam ruangan masjid daripada atas.. sekejap-sekejap mereka mengintai, sekejap2 mereka berlari2 dibelakang bergurau..

Jam 7pg, tiba-tiba masjid bergema kuat dengan suara sekelompok pelajar membacakan al-Ma’thurat daripada ruangan tingkat 3. terasa gemaan zikir yg dianjurkan oleh asy-Syahid Imam Hassan al-Baana itu membuka pintu-pintu kekebalan hati daripada zulumat kepada Allah dan memberi semangat buat semua untuk terus dalam agama ini. namun, semua khusyuk dengan ibadat masing-masing daripada mempedulikan bacaan itu.

Jam 7.15 pg, setelah didirikan solat sunat Syuruk, diri ini melangkah keluar masjid dengan hati yang indah dengan nilai ibadah kepada Allah. terasa sangat bersyukur beragama fitrah ini. Terasa betapa Allah itu Maha Bijaksana dalam mengatur bulan Ramadhan ini untuk hambaNya beribadat.

BENARLAH KATA FUQAHA’ “RAMADHAN ADALAH SEKOLAH TARBIYYAH”.

#coretan insan beriqtikaf di masjid UIAM Gombak#

Posted in ~dari saudara seperjuangan~ | Leave a comment

‎..:: Pergi Tak Kembali ::..

kematian itu pasti…

Insafi wahai diri…

segala yang terjadi…

petunjuk dari Ilahi…

p/s : Al Fatihah…
buat arwah nenek yang menghadap Illahi pada 19 Ramadhan 1433…
Kami mendoakan moga dipermudahkan urusanmu di alam sana…
InsyaAllah…

“Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan.” (al-Araf:34)

Posted in ~coretan bicara~ | Leave a comment

..:: Buat Pejuang ::..

Pejuang Da’wah tak pernah merasa lelah,

tak merasa bosan berkarya,

tak lelah mencari Hidayah,

tak gelisah meski keadaannya sederhana,

baginya,

bagaimana agar perjalanan hidup boleh memberikan kontribusi dan karya nyata!

Mujahid takkan pernah mati!

kritiklah aku kalau ada salah!

mari saling menasihati,

jangan hanya di belakang marah-marah,

kalau begitu bererti belum ada Ukhuwwah,

kekal Istiqamah Fisabilillah ya Ikhwah Fillah!!

jiwamu adalah peluru!

hatimu perisainya!

kaum kuffar pembuat makar,

ayuh kawan jangan hanya diam!!

rapatkan barisan,

satukan kekuatan,

mari buktikan keikhlasan kita kawan!

kerana ia bukanlah sekadar slogan,

tapi ia adalah komitmen yg harus diwujudkan!

Islam terus diperjuangkan!

Posted in ~coretan bicara~ | Leave a comment